Tuesday 31 May 2011

Pesta Buku ANTARABANGSA 2011

dah ujung2 bulan baru nak citer ekk.. nak buat mcm maner... tuan umah kebizian..ahaksss...
so..
nak citer skit PBAKL 2011...
mcm kureng meriah berbanding PBAKL 2010...
tapi banyak jugaklah memborong buku berbanding taun sudah...:)
kiter org G ari khamis.. ingat kurang lah org nyer mcm taun sudah..skali punya lah ramai rombongan skolah2... meriah ngan budak sekolah jer lah gamak nyer..
gerai yang pertama kena terjah..ahaksss.. JEMARI SENI...tuan umah tengah buat bayaran...
gerai CREATIVE...
KAKI NOVEL... budak casheir siap cakap "akak nak jual buku ker".. amboi.. bukan lah banyak benor buku nye...


hasil-hasil dari "borongan" PBAKL 2011...

Tuesday 24 May 2011

tRIp 2nd Day Kg Kebun Air Tiris

dari pekan BANGKINANG balik umah pak cik Wizar paking baju terus shoot balik KG KEBUN AIR TIRIS.. dalam 20 minit jer.. kalu naik kete aaa.. kalu terlebih rajin nak jalan kaki sendiri mau ingat lah berape jam bleh sampai..ahaksss

sampai jer terus G umah pak lang Ramly & mak lang Fauziah..
sampai2 makanan dah terhidang.. aper lagi .. perut dah lapo...ihikss..
adam dah selamat beradu ... mama makan aman lah skit...
pas makan N solat G umah nenek.. umah nenek di belakang umah mak lang jer.. makan pisang lemak.. comel2 jer pisang nyer... kalu kat sini pisang emas aaa...
lepas makan pisang umah nenek.. balik umah mak lang balik, makan plak durian...murah durian kat sana.. x kira kilo tapi kira biji... ambik ko.. makan puas2...durian nyer besar2 kalu nak buat tempoyak 2 biji dah cukup utk penuhkan satu balang.. abis sesi makan durian terus shoot nak mandi sungai plak.. maklumlah PANASSS...ahaksss..
en SUAMI pose ngan moto pak cik Nasha...
sungai kampar... jernih air nyer.. x mcm kat sini mcm air TEA.. ahakss

Wednesday 18 May 2011

tRIp 2nd Day

hari kedua kami di Pekan baru...
siap2 sarapan kat umah pakcik Wizar kitaorg gerak ke PEKAN BANGKINANG..
Pak cik Wizar kena buat 2 kali trip nak antar.. ingat kan jauh sesangat..
ader lah dalam 5 minit jer naik KIJANG..ahaksss...
Depan Kedai Pak Cik Wizar.. TOKO UBAT DONNA.. kalu kat sini kira mcm FARMASI aaa.. dapat lah ubat FREE..ahaksss
X cuci mata pun.. terlalu PANAS.. just lepak depan toko ubat tue jer.. sementara tunggu CRV sampai utk gerak G KG KEBUN AIR TIRIS..
masa tunggu tue sempat jugak sambar kain batik 5 lai.. mintak FREE 1.. ahaksss...
elok jer x meragam.. guD FAISAL HADIF.. next time bleh jalan lagi ekk...

Wednesday 11 May 2011

Kek Pelangi

buat nyer dah lama... baru skrang tuan umah masukkan..
so jom layan kek pelangi nie ekk...
ayang suka kerak dia..that y bakar lama skit..;)


Resepi nie member opis yang bagi..

1 cawan mentega
1 cawan gula custer
4 biji telor
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung kek
pewarna hijau n merah

cara:-
1. pukul mentega dan gula hingga kembang
2. masukkan telur satu demi satu dan pukul lagi
3. masukkan esen vanila dan pukul lagi
4. masukkan tepung kek dan kacau hingga sebati
5. bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan pewarna
6. masukkan adunan dalam acuan secara berselang seli hingga habis..
7. bakar pada suhu 180'C selama 45 minit..

result

dalam kul 4.00pm tadi klinik call..
result darah dah sampai...
sume ok..alhamdulilahhh...just teruskan makan ubot yang dberi...
banyakkan rehat..

MC

hari nie tuan umah coti laie.. dah 3 arilah mc ekk..
tekanan darah still mcm tue jugak 80/70..
smlm check gula dalam darah.. 4.3 ok jer...
hari nie ambik setabung darah utk check up aper masalah ehhh..
so tunggu jerlah result nanti.. kalu x ptg nie esok baru dapat..
tuan umah dah tanya pakcik google aper yang Dnamakan TEKANAN DARAH RENDAH..
layannnn..

Tekanan Darah: Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah?


Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai.


Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.

Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah < 90/60 mmHg.


Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.


Cth: 115 ∕ 50 = tekanan darah rendah @ 85 / 70 = tekanan darah rendah (normal) (rendah) (rendah) (normal)
Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup


Tekanan darah rendah boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:


v Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.


v Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.


v Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.


v Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.


Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.


v Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.


v Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.


v Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.


v Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.


Ubat-ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah


v Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
v Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
v Beta-blockers (ubat darah tinggi)
v Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
v Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
v Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)


Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:


v Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.


v Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.


Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah


v Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.


v Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).


v Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.


v Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.


v Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.


v Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.


Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.


Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah


v Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.


v Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.

Monday 9 May 2011

meNu

today tuan umah coti laie...
anakanda yang kecik plak kena chicken pox...
start kena masa kat PEKAN BARU laie.. nasib baik masa kat sana x meragam & demam..balik M'SIA plak demam & meragam2...oklah tue dah balik tempat sendiri nak buat perangai x ader lah PONING BONAR nak layan...
so.. pagi antar AJMAL sklah.. sekolah dia ader minggu EXAM selama 9-20 mei.. lama betul... mcm U plak ekk... semuga anak mama dapat jawab dengan baik..
pas antar AJMAL skool terus G klinik nak ambik ubat ADAM...punya lah ramai org.. dekat 11/2 jam aku nunggu...jumpe dokter dan abik obat terus balik..
singgah kat FAMILY STORE beli lauk nak masak tgh ari...
ini jer lah menu yang tuan umah bleh pikirkan...layannn..

ikan kembung masak sambal...
ikan kembung goreng utk anakanda..
bayam goreng + udang..

MAMA..MAK..IBU..MUMMY..UMI..dll


She used to be my only enemy
And never let me free
Catching me in places
That I knew I should's be
Every other day I crossed the line
I didn't mean to be so bad
I never thought you would
Become the friend I never had

Back than I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see thought your eyes
All that you did was love

Mama I love you
Mama I care
Mama I love
Mama my friend
My friend...

I didn't want to hear it then
But I'm not ashamed to say I now
Every little thing you said
And did was right for me
I had a lot of time to thing about
about the way I used to be
never had a sense of my responsibility

Mama I love you
Mama I care
Mama I love you
Mama my friend
Your my friend

Sunday 8 May 2011

tRIp 1st day

flight kul 3.50pm.. dari umah kul 12thgari.. sebab first time nak G over the sea... Xcited lebih.. that y G awal.. takut ader masalah kat imigrasen plak nanti..
bujang kecik nak pose sblom berangkat..
balai menunggu KLIA.. dekat 1 jam jugak aaa...
dah masuk ruang udara PEKAN BARU.. bukan lama pun just 45 minit jer...
balai ketibaan LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL KASIM...sempoi jer air port nie... tapi bangunan baru dalam pembinanan la..

sampai jer.. pak cik WIZAR & the geng dah siap tunggu kitaorg.. diaorg datang 4 kereta sume.. kalu datang 1 keta x muat lah plak.. maner nak duduk.. nak letak beg.. kitaorg sume jer dah 13 org.. almaklumlah rombongan EN AZMI... ahaksss... agenda yang PERTAMA ialah cari tempat MAKAN... lapo tahap GABAN dah...
JGN terkejut bukan salah ejaan tue tapi MEMANG nama nyer CFC bukan KFC.. tapi kitaorg lapo nasi.. so kena cari nasi jugak aaa...ayam x layan dah...

Holiday..

alhamdulilahhah disampai sudah D MALAYSIA...
penat + seronok dapat berjalan kat tempat org...
best2 tempat org lagi best Dtempat sendiri...

Wednesday 4 May 2011